The Queen ![]() Chit chat ![]() Date Powered by Calendar Labs Times
| Dnars Skincare (Biarkan Dnars berbicara di wajah anda)
Kenali Dnars Skincare
1. Adakah Produk DNARS SKINCARE ini mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Jawapan: Ya. Produk DNARS SKINCARE ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setiap nombor sirinya telah dicetak di kotak dan bekas DNARS SKINCARE.
2. Adakah Produk DNARS SKINCARE ini Halal?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE adalah 100% halal kerana bahan-bahan dalam DNARS SKINCARE adalah 100% dari alam semula jadi. Tiada campuran bahan lemak haiwan atau seumpama dengannya.
3.Dimanakah Produk DNARS SKINCARE diperbuat?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE adalah barangan buatan MALAYSIA. Ianya diperbuat di Malaysia. Berasal dari Malaysia (bukan produk yang dibawa masuk ke Malaysia & di rebranding / repacking)
4.Adakah produk DNARS SKINCARE ini memberikan kesan pengelupasan apabila menggunakannya?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE amat memberi kepuasan kepada pengguna untuk kelihatan cerah berseri tanpa ada proses pengelupasan yang menyakitkan. Ia juga tidak berlaku kepada semua kerana ia akan berlaku bergantung berapa banyaknya sel kulit mati pada wajah seseorang individu.
5.Adakah ianya sesuai digunakan oleh lelaki?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira usia dan jantina termasuk lelaki.
6.Mengapa ada rasa gatal, pedih @ merah semasa mula-mula menggunakan produk DNARS SKINCARE? Adakah ini normal?
Jawapan: Rasa gatal pedih @ merah, tidak akan terasa oleh semua pengguna. Pada kebiasaannya rasa gatal akan terasa pada pengguna yang mempunyai kulit yang nipis atau sering bertukar-tukar produk kecantikan. Ini kerana bahan kimia produk yang digunakan terdahulu akan tersimpan di bawah epedermis kulit. Ketika pemakaian DNARS SKINCARE produk akan bertindakbalas dengan bahan kimia tersebut dan inilah yang menyebabkan kegatalan @ merenyam. Ada juga pengguna yang akan mendapati kulit muka akan keluar ruam-ruam halus, namun disaran meneruskan penggunaan produK DNARS SKINCARE. Ia akan nampak perubahan.
7.Adakah produk DNARS SKINCARE menggunakan bahan-bahan kimia yg terlarang?
Jawapan: Tidak. DNARS SKINCARE dirumus menggunakan tumbuhan terpilih dan sama sekali tidak menggunakan MERCURI.
8.Siapakah pengasas dnars skincare?
Jawapan: Dnars Skincare diasaskan oleh Puan Faziani Rohban(Pengarah Urusan ROHBAN TRADE SDN BHD) yang berasal dari Kelantan.
9. Apakah set skincare yang dikeluarkan oleh dnars?
Jawapan: Dnars mempunyai dua set skincare iaitu:
Kelebihan Day Cream Dnars
-Membuang sel kulit mati.
-Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan merawat kulit bermasalah.
-Memperbaharui sel kulit mati.
-Menghapuskan jeragat, jerawat, parut & pigmentasi.
-Mengecilkan pori-pori.
-Melembapkan dan menggebukan kulit.
-Menjadikan wajah lebih mulus dan tona kulit lebih sekata.
Kelebihan Snow Cream Dnars
-Membuang sel kulit mati.
-Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan merawat kulit bermasalah.
-Memperbaharui sel kulit mati.
-Menghapuskan jeragat, jerawat, parut & pigmentasi.
-Mengecilkan pori-pori.
-Melembapkan dan menggebukan kulit
-Menjadikan wajah lebih mulus dan tona kulit lebih sekata.
Kelebihan Sabun Normal Dnars
-Mencerahkan kulit wajah
-Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
-Menyerikan kulit
-Menjadikan tona kulit sekata
-Menegang dan menghaluskan kulit
-Menyingkirkan minyak yang berlebihan
-Merawat masalah kulit kering dan kusam
-Melembapkan kulit
Kelebihan Sabun Collagen Dnars
-Membantu menegangkan kulit wajah.
-Menjadikan kulit lebih anjal.
-Mengurangkan garis halus & kedutan pada wajah.
|